Racun Rumpai "Musuh Mereka, Kawan Kita"...

Kalau sebut je racun, mesti dh terbayang satu benda yg merbahaya. Tak kira samada kpd haiwan ke, tanaman ke mahupun manusia. Tapi, racun dlm industri pertanian merupakan teman baik kpd pekebun2 ataupun petani2 kerana membantu membunuh rumpai & serangga yg tidak diperlukan.

Dalam pasaran terdapat banyak jenama racun, samada racun kimia ataupun racun herba. D Putik Alam, kami mempunyai rangkaian racun rumpai yang biasa digunakan oleh pekebun atau petani2. Antara jenama racun yang terdapat di sini ialah :
  1. Roundup
  2. Basta 15
  3. Furagan 3G
  4. Halex Carbofuran 3G
  5. HM Mancozeb 80WP
  6. Glicosit (Racun Rumpai 20 Liter)

Nak cerita serba sedikit tentang racun yang ade di Putik Alam:
Bastia 15
Sejenis racun herba serapan. Digunakan untuk rumpai biasa atau yang jenis berdaun lebar. Boleh juga untuk paku pakis

Roundup
Racun herba serapan. Digunakan untuk rumpai am, lalang dan juga rumpai ekor kuda.
(Di zaman 80an, iklan Roundup ni pernah kluar kt tv. Glamer jugak..)
Furadan 3G
Sejenis racun berbutir yang akan mnyerap ke dalam akar, batang, daun dan isi buah.



Alang2 dh menjual racun, kami ingin berkongsi langkah2 keselamatan sewaktu kerja2 meracun ini dibuat.
Langkah keselamatan Dalam Pengendalian Racun Rumpai
Pakaian perlindungan menjadi sebahagian dari amalan baik dalam pengendalian racun rumpai yang mana boleh mengurangkan bahaya, seperti yang tersenarai di bawah ini:
  • But getah
  • Baju berlengan panjang
  • Sarung tangan getah
  • Apron plastik
  • Topeng
  • Gogel
  • Topi
Berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan bagi pengguna racun herba:
  • Simpan racun rumpai di tempat berkunci dan jauh dari bahan makanan
  • Baca label dengan teliti sebelum menggunakan racun
  • Gunakan pakaian perlindungan apabila menyembur racun rumpai
  • Pastikan yang alat penyembur tidak bocor
  • Jangan merokok dan makan minum semasa mengendali racun rumpai
  • Jika termasuk rcun rumpai ke dalam mata atau terkena badan, basuh segera dengan air bersih
  • Musnahkan bekas racun yang habis dipakai, kemudian menanamnya.
terima kasih pd www.doa.sarawak.gov.my diatas info ini

Pesanan dari Putik Alam:
Pastikan anda mengamalkan langkah2 keselamatan semasa meracun agar anda selamat, tanaman selamat....

Jumpa di Putik Alam Ent.

    No comments: