Panduan penanaman cili

PANDUAN PENANAMAN CILI API
Salam semua......kali nie Putik Alam nak kongsi cket cara untuk penanaman cili api. Mehla same2 kite membaca info tentang penanaman cili ini...


Penanaman di Ladang:-
* bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22cm (6-19inci).
* sediakan batas berukuran 1.2m (4kaki) lebar dan 22-30cm (9-12inci) tinggi. 
* panjang batas mengikut keadaan kawasan.
* jarak antara batas ialah 45cm (1.5kaki)
* gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bg 50m persegi (500 kaki persegi) kawasan.
* bagi penyediaan anak benih:-
-  sediakan kotak semaian berukuran 45cm (18inci) panjang, 22cm (9inci) lebar dan 10cm (4inci) 
   tinggi.
- Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput, dan 1 bahagian pasir.
- semai 5g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.
* penanaman:-
- anak benih yang berumur 6minggu boleh diubah terus ke batas.
- jarak tanaman ialah 100(40inci) ant pokok dan 150cm(60inci) ant baris.
*penjagaan:-
- siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
* pembajaan:-
- tabur baja NPK (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.
Penanaman dalam Pasu bunga
* gunakan tanah campuran:-
- 3 bahagian tanah
- 1 bahagian tahi ayam reput@kompos
- 1 bahagian pasir
* isikan pasu dengan tanah campuran tersebut hingga 5cm (2inci) dari permukaan pasu.
* penanaman:-
- semai terus 3@4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1inci).
- tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.

*penjagaan:-
- siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
* pembajaan :-
- tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5g baja NPK (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.


itulah sedikit sebanyak info dr kami....diharapkan dengan info ini akan dapat membantu petani2 di luar sana  atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menanam cili api...ingat! usaha yang gigih akan mendapat pulangan hasil yang terbaik!! yang penting "chaiyok2"...hehehe...










No comments: