Apa itu Peatgro?
Peatgro adalah bahan tanah organik semulajadi yang dihasilkan daripada tanah gambut terpilih, yang telah diproses dan dibungkuskan menggunakan teknologi Eropah dan berpandukan British Standard bagi pengeluaran tanah gambut.Peatgro ini merupakan tanah berkualiti yang bebas dari sebarang serangga, rumput-rampai dan penyakit tanah. Ia telah diuraikan secara perlahan-lahan selama beberapa tahun dan sangat sesuai sebagai medium penanaman untuk pelbagai jenis pokok.
Konsep Penanaman dengan Peatgro
Kebanyakan tukang kebun/petani sanggup berbelanja beratus2 ringgit untuk membeli peralatan pertanian dan pasu yang mahal bagi memastikan tanaman mereka berhasil seperti yang diinginkan. Tapi, adakah pelaburan mereka itu berbaloi sedangkan tanaman yang usahakan itu tidak dibaja & mengalamai tumbesaran yang tidak sihat?Mereka seringkali lupa bahawa tanah memainkan peranan penting dalam manggalakkan pertumbuhan tanaman mereka.
Penanaman menggunakan Peatgro merupakan satu konsep baru dalam industri penanaman di Malaysia. Ia membantu memperbaiki tanaman bagi tanah yang bermasalah. Dengan mencampurkan Peatgro, ia sama seperti membelikan INSURANS kepada tanaman anda. Ia boleh menjamin tanaman yang berjaya dan sihat.
Bagaimana Peatgro di hasilkan?
courtesy from: http://www.peatorganic.com
Ada terdapat banyak produk2 dr Peatgro....
1.Superfine Grade (4mm mesh)
Digunakan untuk semaian biji benih (seed germination), keratan batang (cuttings propagation), taburan permukaan padang golf dan campuran tanah (polibeg and potting mix)
Digunakan untuk semaian biji benih (seed germination), keratan batang (cuttings propagation), taburan permukaan padang golf dan campuran tanah (polibeg and potting mix)
2. Standard Grade (12mm mesh)
Digunakan untuk lanskap am (general landscaping), penanaman pokok, campuran tanah dan tanaman rumput padang
3. Fibrous Grade (13-18mm mesh)
Berguna untuk tanaman fertigasi (fertigation), sungkupan (mulching), tanaman pokok, tanaman berskala besar (large scale planting)
4. Standard Plus EM Grade (12mm mesh)
Kegunaan yang sama seperti Standard Grade, penanaman secara organik, diperkaya dengan mikrob berguna (EM) (enrich with beneficial microbs)
Bagaimana Peatgro membantu mengurangkan kos?
1. Memperbaiki keupayaan fizikal tanah
2. Mengurangkan kadar kekerapan dan jumlah siraman
3. Memelihara kelembapan tanah
4. Mengurangkan penggunaan baja pada program pembaikan tanah
5. Memperbaiki aktiviti biologi (biological activities) dalam tanah
6. Menghalang/tidak menggalakkan pertumbuhan rumput-rampai (weeds) dan mengurangkan hakisan tanah
Buat masa ini, ada 2 produk Peatgro yang terdapat di Putik Alam iaitu jenis Standard Grade dan jenis Superfine Grade. Produk2 ini semakin laris dari masa ke semasa. Sila berkunjung ke Putik Alam untuk mendapatkan maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment