Teknik Membaja Getah Dewasa....

Salam satu malaysia untuk semua..terima kasih kerana sentiasa mengikuti blog kami.....
Untuk kali ini saya ingin memberi info serta teknik untuk membaja pada pokok getah dewasa / matang...meh le kite tambah2kan ilmu pengetahuan serba sedikit..... :)

Kite pergi kepada pengenalan dahulu....kenapa pokok getah perlu dibaja? sebabnye adalah:-

  • pembajaan amat penting kerana pokok yang kurang zat mudah diserang penyakit.
  • pembajaan boleh merangsang pemulihan kulit baru setelah di toreh.
  • meningkatkan hasil lateks dan kayu getah
  • dapat mengelak dan memulihkan pokok getah daripada serangan daripada penyakit akar daun
  • pokok mesti di baja pada masa yang sesuai dan pada kadar yang mencukupi
  • keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun yang di ambil.
ok...keberkesanan baja pula adalah bergantung kepada:-
  • penyerapan baja oleh pokok
  • penjimatan tenaga dan kos
  • jenis baja
  • kadar baja
  • masa membaja
  • kekerapan membaja
pembajaan pada pokok getah matang:-
  • pokok mesti dibaja pada masa yang sesuai dan pada kadar yang mencukupi berpandukan kepada  pengesyoran pembajaan.
  • keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun yang di ambil
  • masa pembajaan yang sesuai penting memandangkan ini akan membantu pengambilan nutrien oleh pokok.
  • baja perlu untuk mendapatkan pokok getah yang subur dan berkeupayaan mengeluarkan hasil torehan yang tinggi
kemudian...cara2 membaja adalah :-
  • bagi pokok matang dewasa, baja hendaklah ditabur diatas lorong tanaman yang bersih dari rumpai sejarak 300 - 350sm dari pangkal pokok sebelah menyebelah.
  • oleh kerana pangkal pokok tidak banyak akar rambut, eloklah kawasan kira2 60sm keliling dari pangkal pokok tidak dibaja.
  • baja boleh juga ditabur keseluruhan kawasan kecuali kawasan 60sm dari pangkal pokok andainya kawasan bersih dari rumpai.
  • bukan satu kaedah yang baik dengan melonggokkan  baja secara memanjang di antara barisan pokok. cara ini tidak membolehkan semua akar rambut mendapatkan baja.
masa yang sesuai untuk membaja getah matang....
  • pembajaan bagi getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun mula terbentuk dalam musim daun luruh.
  • kadar pengambilan nutrien paling aktif ialah pada waktu pendaunan semula sehingga 5 bulan berikutnya.
  • baja tambahan tidak diperlukan sekiranya ranggasan atau pendaunan kali kedua berlaku.
  • pada dasarnya, pembajaan pokok dewasa di baja setahun sekali sehingga dua ke tiga tahun sebelum pokoknya ditanam semula.
untuk kawasan yang perlu dibaja pula ialah:-
  • apabila pokok meningkat 4 tahun, akar2 akan meluas ke pertengahan antara barisan.
  • apabila pokok berusia 18 bulan, baja ditabur di jalur yang bersih di antara barisan pokok dan elakkan menabur di pangkal pokok.
Kesimpulannya.....pemilihan jenis baja serta kadar penggunaanya hendaklah sesuai dengan keadaan tanah dan peringkat tanah dan peringkat umur pokok supaya mendapatkan kesan yang baik terhadap pertumbuhan pokok...dan satu kita perlu ingat, baja adalah satu input penting dalam kesuburan kebun.....

Terima kasih kerana sudi mambaca info ini...dan juga kerana sentiasa mengikuti blog kami....




3 comments:

Unknown said...

thanks..it's very helpful.. ^_^

Anonymous said...

tq 4 dat info.. bcoz tomorrow i have presentation 4 GAP 2 pembajaan .. i feel so nervous.. i hope i can do it tommorow .. wish me luck n good luck..

Unknown said...

brp kadar baja utk sepokok sekali pembajaan?