MPOB F4 (RM 45.00)

Baja keluaran ALL COSMOS INDUSTRIES SDN BHD ini, di formulasikan oleh Malaysia Palm Oil Board ( MPOB) dengan berjenama Mpob f4, di mana f4 bermaksud formula ke 4 dari MPOB, yang sebelum ini mengeluarkan formula mpob f1 di formulasikan untuk syarikat Union Harverst sdn bhd, dan juga mpob f2 di formulasikan untuk CCM FERTILIZER, dan mpob f4 adalah siri terbaru setakat ini, ..mungkin lepas nie akan ada f5, f6, untuk siri keluaran seterusnya, yang akan diformulasikan mengikut teknologi dan kajian terbaru,..hem lebih kurang jadi macam produk windows lah..pulaknya,..sekarang nie dah windows 7 dah,..macam mpob nie akan buat keluaran terkini supaya peladang kita senang nak membajalah, ..sebab packing dia 25 kg dah, nak dibandingkan baja mpob f1 yang masih 50kg/bag.,..
Lepastu...dalam formula f4 nie,..yang menariknya,..dia orang campur sekali kimia, organik, pastu ada pulak zeolite,... Unsur, kimia pun kira cukup 5 unsur seperti n, p, k, mg, dan boron,..kira semua cukup dalam satu beg,..umpama makan nasi ada lauk, sayur, dan budu,..kalau ore kelate cakap. Kalau nak dibandingkan dengan f1 yang x de unsur organik,.hanya semata2kimia sahaja,...kalau nak detail pasal produk sila klik link bawah nie
Dari pemerhatian saya sepanjang bertemu dengan pengguna yang sudah melebihi setahun penggunaan baja ini, rata2 menyambut baik hasil penggunaaan baja mpob ini,... Cuma ada juga yang masih tidak berpuas hati dengan keberkesanan baja ini,...hasil meningkat sekitar 10% dari hasil biasa yang diaorang perolehi selepas setahun lebih,...ada juga yang merungut upah membaja jadi tinggi sbb pembaja ambik kesempatan, ..sebab biasanya kalau dulu beg 50 kg,..dia orang biasa baja untuk 10ekar 20 ke 30 beg,...jadi kalau baja 25kg/beg dah jadi double 40beg atau 50beg,...tuan 2 faham tak apa maksud saya nie..
Ikut kaedah baja dia kita kena pakai 2.5kg/pokok untuk 5 tahun keatas,..selang 4 bulan sekali,...kena buat 3 kali setahun,...baru cukup,..baja nie nak pakai dia saja,...tapi kebanyakan yang saya jumpa cuma buat 2 pusingan pastu biasa diaorang letak 2 kg sepokok.... Confirm2 lah x cukup kan,..hehe jangan salahkan baja jugak,..yang x jadi,..kena kira faktor orang membaja,  tuan yang nak membaja pokok, tanah,  cuaca, kepadatan tanaman, dalam sekar, dan juga baka pokok sawit kita jugak,..kalau ikut info baja nie lagi,..kalau semua jenis tanah boleh bantai,...dah tolak dah situ faktor tanah,...cuma yang lain2 lah kan,...walaubagaimana pun,..tepuk dada tanya selera,....
Kalau kita nak kira kos membaja untuk 10ekar...satu pusingan mcm nie,..
Guna baja 2.5kg/pokok,  kalau 55pokok seakar maka = 55 x 2.5kg = 137.5kg seakar = 5.5 beg seakar
       kalau 10ekar bermakna 137.5kg. X 10ekar = 1375kg bersamaan dengan 55 beg,...
        kalau beli dengan harga RM 45 /beg maka kali dengan 55 beg = RM2475.00 sepusingan
         kalau complete nak 3 pusingan setahun kos dia berjumlah RM7425.00 setahun....katanya boleh dapat 25tan sebulan paling skit,...sebulan,.. Maka hasil yang diperolehi ialah 10000 sebulan,...kalau di kali dengan harga sawit setan RM400.00 kesimpulannya kalau dah dapat hasil mcm nie,..cukup sebulan hantar baja dah boleh beli baja setahun,..huhu

Cadangan Baja terbaik sila lihat link ini Baja Gabungan MPOB F4 dan MPOB F1 Xtra K

9 comments:

zool said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam ada pertanyaan. Adakah baja MPOB F4 ini sesuai untuk pokok sawit di umur bawah 5. jika sesuai bagaimana jadual pembajaannya. terima kasih

Anonymous said...

Salam ada pertanyaan. Adakah baja MPOB F4 ini sesuai untuk pokok sawit di umur bawah 5 tahun. jika sesuai bagaimana jadual pembajaannya. terima kasih

Unknown said...

salam untuk pokok dibawah umur 5 tahun ke bawah begini cara penggunaannya

1. 1styear, 1st aplikasi0.5kg/palm
2nd aplikasi 1kg/palm
3rd aplikasi1.5kg/palm

2.2nd year, 1st aplikasi 1.5kg/palm
2nd aolikasi 2.0kg/palm
3rd aplikasi 3.0kg/palm

3.3rd year, 2.2kg/palm untuk ketiga-tiga aplikasi.

4.4th year, 2.4kg/palm untuk ketiga-tiga aplikasi.

5th year till 15 years 2.5kg/palm untuk ketiga-tiga aplikasi

terima kasih

Mohd Syahril said...

Saya nak hubungi siapa untuk pembelian baja sawit? Boleh letakkan no telefon? terima kasih.

Unknown said...

sila hubungi saya en Hasnul 0192407800. Penghantaran percuma sekitar kuantan, Bukit goh, pancing, lepar, felda neram1&2, bukit, sagu, bukit kuantan, chenih, felda chini, kemaman, atau call saya beritahu lokasi anda,..tambahan RM1.00 per beg, sekirannya penghantaran ke ladang,..minimum order 30 beg dan keatas...terima kasih

Anonymous said...

Baja ini bagus

Unknown said...

Jika berminat dengan baja FPM keluaran felda boleh hubungi saya 0139858158. (bijak tani enterprise)

Unknown said...

Jika berminat dengan baja FPM keluaran felda boleh hubungi saya 0139858158. (bijak tani enterprise)