FERTIGASI: Salah satu kaedah menjana pendapatan

Bagi sesiapa yg baru hendak berjinak2 dgn dunia pertanian, perkataan FERTIGASI mungkin agak asing bg mereka..Kalau dulu, yg kita tahu, penanaman secara conventional, traditional, berkelompok etc...tp kini, kita dah ade pilihan dgn mnjadikan fertigasi sbg sistem penanaman moden yg mampu mnjana pendapatan lumayan kp petani2 moden.
Ape FERTIGASI nih?? Jom kita berkenal2an pulak dgn fertigasi..

Fertigasi ni adalah 2 kaedah alternatif yg berdaya maju. Kenapa? Sebab ia mrupakan satu sistem pengurusan tanaman yg mementingkan pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan. Wah...sapa taknak untung dlm bisnes, ye tak? 
Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation)..bila di Bahasa Melayu kan, jadilah FERTIGASI. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan. Dua fasa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif.Namun begitu, masih ramai yg blom dpt menerima kaedah ini agar menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang. Kaedah Fertigasi ada kelebihannya sendiri jika dibandingkan dengan kaedah konvensional:
Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
  •   Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
  •   Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
  •   Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
  •   Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
  •   Kualiti hasil yang lebih baik.
  •   Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%
  •   Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
  •   Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
  •   Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.  
Apa pulak tanaman yg sesuai untuk fertigasi ni?? antara yg sesuai ialah:
  1. Tanaman Cili
  2. Tanaman Tomato
  3. Tanaman Timun
  4. Tanaman Rock Melon
  5. Tanaman Terung 
Antara tanaman yang diusahakan melalui kaedah fertigasi.


 photo source: gmpeladang

Apa peralatan yang digunakan dalam sistem fertigasi ini?? Senduk, kuali, periuk belanga, dapur kayu..eh..eh...bukan lah...Peralatan asas yg digunakan ialah:



Filter                                  


Klip besi




Gromet



Set mini tubing



Arrow dripper


Untuk pengairan pula:



Ball valve




Stop Cord




Tubing




Analog Set Timer




photo source: GM Peladang

Info lanjut boleh didapati di sini. Terima kasih ye diatas maklumat yg diberikan ini...

Sekarang dimana2 pun, kit fertigasi boleh didapati. Kami di Putik Alam ini juga ingin menjadikan sistem fertigasi ini sebagai salah satu "penduduk tetap" di kedai kami.

Jangan lupa berkunjung ke Putik Alam....

No comments: