Laman Idaman

Siapa yg tidak mahu mempunyai laman yg diliputi dgn rumput hijau, dengan lanskap yg menarik. Hamparan rumput hijau bagaikan permaidani indah, membuatkan pemilik kediaman rase lbh tenang & nyaman. Dah terbukti, halaman yg menenangkan ini ibarat sbg satu terapi selain mewujudkan suatu suasana segar di tempat seisi keluarga menghabiskan masa2 santai bersama2.


Bayangkan kepenatan apabila pulang dr tempat kerja, akan hilang serta merta apabila trpandangkan kesejukan suasana yg terhasil dr penanaman rumput laman yg berkualiti. hhmm..bukan semua org pandai tanam rumput2 karpet ni tau..lbh2 lg, tak semua org sanggup menghabiskan masa menjaga dan merawat rumput2 ini. Kdg2 kita terpikir, adalah lbh baik kita menanam rumput sedemikian drp kita menanam pokok2 bunga di dlm pasu dan hanya dibiarkan tanpa dijaga. ia akan kelihatan lebih serabut di mata. Antara kelebihan tanam rumput ini ialah:
  • Menghalang hakisan tanah kerana kawasan yang berumput berupaya mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang kosong.
  • Bertindak menapis air yang mengalir masuk ke dalam tanah, longkang, parit, sungai atau tasik  
  • Mengurangkan habuk 
  • Memerangkap pencemaran udara
  • Membekalkan oksigen 
  • Hasilkan suasana lebih sejuk tingkatkan nilai hartanah 
  • Sesuai untuk kawasan riadah. Boleh dijadikan tempat barbeku, kenduri atau perjumpaan.
  • Kanak-kanak dapat bermain dengan selamat
(dipetik dr sini)


Mcm mana nk dptkan hamparan rumput yang cantik?? Kalau nk tunggu ia tumbuh sendiri, mmglah susah. Mereka ni pun mcm manusia juga, perlukan khasiat @ nutrisi utk mnjadi segar & cantik. Jadi, bagaimana ye? 
Mengikut kajian yg dibuat dan telah dipublishkan di sini, penanaman rumput ini boleh dibuat dgn beberapa kaedah asas:
  1. Bijibenih
  2. Sod : kepingan-kepingan rumput bersama-sama selapis tanah.  Biasanya ia dijual dalam satu atau dua kaki persegi. Tetapi ia boleh juga di jual dalam bentuk gulungan seperti permaidani. 
  3. Sprig :  mengambil cebisan-cebisan rumput dan ‘mencucuk’ akar ke dalam tanah pada jarak dua hingga empat inci dari satu sama lain
  4. Stolon. Ini adalah bahagian-bahagian rumput yang boleh tumbuh, walaupun ia di panggil stolon, tetapi ia termasuk juga rhizome dan batang rumput yang mempunyai nod untuk tumbuh pucuk yang akan menjadi suatu tumbuhan baru
Yg plg murah ialah kaedah stolon. hhmm..mmg kita tak biase dengar perkataan ni. tp itulah istilahnya  bg rumput yg msh mmpunyai sebahagian akar.  Manakala kaedah sod pula rumput akan tahan lebih lama wlaupun tidak disiram. memandangkan ia dtg dlm bentuk kepingan, maka ia tak mudah hanyut jika berlaku hujan lebat. 

 Untuk apa juga jenis tanaman, kerja2 siraman amat penting sekali terutama masa pokok @ rumput tu baru2 nk hidup di atas tanah. Berapa kali? bergantung pd keadaan cuaca. 
Baja. Ia tiada makanan simpanan dan kurang atau tiada akar untuk mencari makanan.  Baja sikit tapi selalu.  Digalakkan guna baja organik atau baja tepung dari jenis CIRP. Ketulan baja kimia biasa boleh ‘membakar’ rumput kalau tak disiram dengan betul.  Jika mahu, gunakan baja kimia jenis 15-15-15 atau DAP (Diammonium Phosphate), takada kene mengena ngn parti politik semasa pilihanraya ye... yang boleh di dapati dari mana-mana nursery. Siram selepas baja!  Kalau ragu2, rendam baja dalam air dan siram air tersebut. Lepas tu siram dengan air kosong lagi. Hati2 dengan tangan anda. Ada org sensitif terhadap baja. (info dr mynormas.com)
 Haa..di Putik Alam, terdapat beberapa produk baja khas utk tanaman rumput laman. Antaranya ialah FERTI 36G, Baja FLORANID-Turf dan FERTI 46N.


FERTI 36G
Diformulasi utk pertumbuhan rumput yang baik dgn hanya sekali penggunaan. Ia cepat berkesan utk meningkatkan kehijauan dan kesuburan rumput. 
Cara penggunaan:
  1. Cairkan 1 sudu besar baja FERT! 36G dalam 5L air. Siramkan cairan pd 6m persegi halaman rumput dgn rata. Kadar pembajaan: Sebulan Sekali
  2. Isi botol pencairan dgn baja FERTI 36G dan sambungkan dgn paip air. Baja akan dicairkan dgn segera semasa kerja2 semburan. Digunakan: Sebulan Sekali
INGAT! Gunakan produk2 mengikut arahan.
Bila dh selesai mmbaja, rumput akan mula memanjang. pd masa ini, kena la rajin2 potong. sb, bila kita selalu potong, ia akan tumbuh semula dgn lebih rapat lg. ia akan kelihatan lbh cantik & kemas.
Kerja2 merumpai jgn dilupakan. tp, awas, jgn meracun lg..kalau boleh hingga thn kedua. nnt, bukan shj rumpai yg mati, dgn rumput2 skali tak hidup!! anda kene rajin2 mncabut rumput liar ni. lbh2 lg selepas hujan turun. diaorg ni, cepat membiak. 


buanglah rumput2 liar ni, ia cepat membiak lbh2 lg lepas hujan



bila dh melaksanakan proses2 permulaan, anda hanya perlu maintain sahaja agar rumput halaman td sentiasa berada dlm keadaan cantik. tentu anda mahu halaman anda kelihatan seperti ini, kan?



 Jika anda perlukan bantuan, sila hubungi kami. Kami di Putik Alam akan cuba membantu anda....

4 comments:

Anonymous said...

bos, tumpang bertanye di sini
ade jual racun rumpai untuk rumput karpet tak? kalau ade macam mane nak dapatkan ye. mekasih.

Unknown said...

Tuan..mane nak beli baja rumput ni.??

Unknown said...

Tuan..mane nak beli baja rumput ni.??

Unknown said...

Tuan, mana nk dapat baja ini?